RSS

Kebaikan Kacang Soya

13 Aug

Assalamualaikum.

Aku xde keje nak wat mlm ni (padahal byk assignment blum siap.. hehe… xpe, tu semua hold dulu), so aku tibe2 terfikir psl 1 topik yg aku rase aku patut share dgn korg. Psl kebaikan soya.. (Aku tgh minum susu kacang soya ni. 1 kotak besar (1.5 litre) aku beli utk berbuka td tp xreti2 nak hbs. Punyelah aku struggle nak hbskn. Takut jd pembaziran plak kalo dibiarkan kt atas meja cm tu je, then buang.  Kn membazir namanya tu.. Tp, biasalah, minum sorg2 kn? Bk kate lecturer aku, manusia ni durjana. (rumate aku xde, so aku buka puase sorg2 hari ni.. huhu~ bukak citer sedih lak). haha~ orait, back to the topic. Ape kebaikan kacang soya ni sebenarnye? Aku dh lama menjadikan soya ni sbg minuman faveret aku sejak aku stop minum air berkarbonat (except 100 plus). hehe.. Ni semua pengaruh dari kakak aku yg 2nd tu, dia ckp “better ko minum air soya dari ko minum air berkarbonat, ade gak faedahnye. Soya ni bgus utk jantung tau”. Aku pun time tu xbrape nak matang or xde critical listening skill pun terima je lah ape dia ckp. Btw, air feveret kakak aku air kosong. bgus kn? xde gula kot dlm bdn dia. haha~ Just joking~ lalalala..

Menurut sebuah artikel yg aku jumpe, dikatakan bahawa kacang soya yang juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular dalam kalangan masyarakat Cina.

OK, let’s list down the benefits of soy for our health:-

1. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat. (bgus utk org yg xsuke mkn ubat cam aku.. hehe)

2. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid. (Ooo.. ni bgus utk kaum Hawa ni.. aku baru tau jgak.. lalala)

3. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit. (wawawa.. byk gak kebaikan soya ni ek..)

4. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan. (Patut la org ckp muke aku cm muke bdk skolah menengah walaupun dh 2nd year kt universiti.. hoho)

5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

P/s:Sebelum beli produk2 berasaskan soya ni, korg kena make sure dulu kandungannye ok ke x. Mksd aku, ade pengawet ke, ape ke.. beware je lh kan.. dunia ni, biase lah.. durjana gak kdg2.. hehe.. ok, orait, pesanan penaja yg terakhir, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Harap maklum. Terima kasih. :)

Source: http://www.nurcahaya.zoomshare.com/0.html <– rupe2nye tuan punye artikel ni, yg punye bnde cm blog ni, bdk U aku gak. Senior kot.. Ape2 pun, arigatou gozaimasu, senpai! (^_^)

About these ads
 
2 Comments

Posted by on August 13, 2010 in What's Good For Us

 

2 Responses to Kebaikan Kacang Soya

  1. Aspasia

    April 30, 2011 at 10:14 pm

    kacang soya mmg byk khasiatnya…. rajin2 kn dri mkn kacang soya…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: